Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan apa khabar semua!
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kerana anda tidak pernah putus-putus terus menyokong PanduLaju dan Abang Gan.
Seperti dijanjikan, saya akan bersama-sama anda dalam Zoom Meeting bagi menjawab sebarang soalan secara 1 to 1. Dan lebih penting, ia adalah PERCUMA sepanjang musim PKP.
Bagaimanapun, Zoom Meeting ini hanya boleh dihadiri seramai 100 orang sahaja dan sesi ini adalah percuma. Sebarang sesi meeting, tiada rakaman dibenarkan dan tindakan akan diambil sekiranya anda didapati melanggar mana-mana syarat telah ditetapkan.
BAGAIMANA SAYA NAK JOIN ZOOM MEETING?
1. Anda hanya perlu isi maklumat diri seperti nama, email, no. telefon, tarikh lahir, bandar dan negeri untuk dimasukkan dalam senarai menunggu (Waiting List).
2. Setiap kali ada Zoom Meeting, anda akan menerima sama ada EMAIL mahupun SMS beserta Link untuk JOIN MEETING. Bagaimanapun, ia bergantung kepada siapa cepat dia dapat.
3. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan.
TERMA & SYARAT:
1. Mesti berumur 18 tahun ke atas.
2. Dengan memasukkan anda dalam senarai menunggu, anda bersetuju dengan dasar privasi telah ditetapkan. Dasar privasi berkenaan boleh dibaca menerusi LINK INI.
Akhir kata, salam perkenalan dari saya, Abang Gan.